Friday, August 31, 2018

Dalil Ibadah Haji



Terdapat beberapa dalil mengenai ibadah haji. Antaranya adalah seperti dalam ayat ke-27, Surah al-Hajj dan ayat ke-97, Surah Ali Imran:


وَأَذِّن فِي ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ يَأۡتُوكَ رِجَالٗا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٖ يَأۡتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٖ ٢٧

Maksudnya: “Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh (seluruh dunia)”(Surah al-Hajj, ayat 27)




فِيهِ ءَايَٰتُۢ بَيِّنَٰتٞ مَّقَامُ إِبۡرَٰهِيمَۖ وَمَن دَخَلَهُۥ كَانَ ءَامِنٗاۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلٗاۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٩٧

Maksudnya: “Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadah haji dengan mengunjungi rumah Allah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada sekalian alam.”

(Surah Ali Imran, ayat 97)



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,



“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya, “Amalan apa yang paling afdhol?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Ada yang bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Jihad di jalan Allah.” Ada yang bertanya kembali, “Kemudian apa lagi?” “Haji mabrur”, jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Bukhari no. 1519)

Thursday, August 30, 2018

Rukun Ibadah Haji



Rukun haji merupakan suatu amalan asas yang mesti ditunaikan. Jika rukun-rukun haji tidak dilakukan, maka hajinya adalah tidak sah dan ia wajib digantikan. Rukun-rukun haji adalah seperti:

  • Niat ihram haji - Lafaz niat haji hendaklah dilakukan di miqat dan jika jemaah haji sudah berada di kawasan Makkah, maka niat boleh dilafaz di kawasan itu sendiri. Selepas niat, para jemaah wajib menjaga segala amalan mereka terutamanya berkaitan amalan wajib dan larangan semasa dalam melakukan haji.
  • Wukuf di Arafah.
  • Melontar tiga jamarah ( ula, wusta dan akabah)
  • Melakukan tawaf rukun (tawaf ifadhah)
  • Sa'i, yakni lari-lari ayam atau berjalan cepat di antara bukit Shafa dan Marwah.
  • Mencukur/menggunting rambut. Paling sedikitnya memotong tiga helai rambut.
  • Tertib, yakni menjalankan rukun haji secara berurutan.





Wednesday, August 29, 2018

Syarat Ibadah Haji



Keempat-empat mazhab dalam fahaman Ahli Sunnah Waljamaah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan mazhab Hambali menetapkan bahawa syarat-syarat menunaikan haji adalah seperti berikut: 

  • Beragama Islam. Haji tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam dan jika dilakukan, hajinya adalah tidak sah.
  • Merdeka. Golongan hamba sahaya tidak wajib melakukan haji.
  • Baligh. Haji adalah tidak wajib bagi kanak-kanak dan haji mereka itu sah jika dia telah mumaiyiz. Walau bagaimanapun, kefarduan haji kanak-kanak itu masih belum terlepas melainkan dilakukan setelah baligh.
  • Berakal. Orang yang gila tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji dan jika ia dilakukan, maka hajinya tidak sah.
  • Berkemampuan. Bagi syarat ini, terdapat beberapa bahagian yang perlu dipatuhi seperti: 
  1. Berkuasa membayar semua perbelanjaan haji sehingga selesai.
  2. Mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik daripada haji.
  3. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
  4. Keadaan perjalanan hajinya adalah aman daripada sebarang kekacauan.
  5. Tidak mengalami sebarang masalah semasa berada dalam kenderaan.
Bagi mazhab Hambali, ia menambah dua lagi syarat iaitu sihat anggota tubuh badan dan perjalanan haji itu hendaklah aman. 


Tuesday, August 28, 2018

Jenis Ibadah Haji



Ibadat haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu




Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam.



Tamattu' bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam.



Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji (7 dan 8 Zulhijjah).

Monday, August 27, 2018

Beza Ibadah Haji dan Umrah



Tahukah anda bilakah disyariatkan haji dan umrah? Terdapat beberapa pendapat tentang bila bermulanya pensyariatan kedua-dua ibadat ini. 

Berdasarkan pendapat yang lebih rajih ibadat-ibadat ini disyariatkan pada tahun kesembilan hijrah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh As-Syaikhan:

Nabi s.a.w bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al-Qis yang datang menemui Baginda s.a.w pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanyakan tentang perintah-perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda menjawab: “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang”. Sekiranya haji difardhukan sebelum itu nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama perintah yang ditujukan kepada mereka ( Kitab Fiqh al-Manhaji Imam As-Syafie ).

Terdapat beberapa perbezaan yang besar antara ibadah haji dan umrah dari sudut masa perlaksanaan dan hukum iaitu :

1. Haji hanya boleh dilakukan pada bulan tertentu iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama dalam Bulan Zulhijjah ). Umrah pula boleh dilaksanakan sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya.

2. Haji mengandungi wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Dalam umrah tidak ada semua semua perkara tersebut, hanya tawaf, sa’i dan bercukur atau bergunting (tahallul).

3. Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’i dan tahallul. Manakala rukun umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan tahallul

4. Kewajipan mengerjakan haji telah disepakati oleh ijmak ulamak, tetapi kewajipan umrah ulamak berselisih pendapat ( tiada sepakat ulamak).

Saturday, August 25, 2018

Hikmah Ibadah Haji



Ibadah haji merupakan ibadah yang sarat dengan pahala. Maka bagi siapa saja yang sempat melaksanakan ibadah haji sekali seumur hidupnya, sesungguhnya beruntunglah orang tersebut. Namun, banyak yang belum mengetahui mengenai apa sebenarnyahikmah melaksanakan ibadah haji. Di bawah ini, adalah beberapa hikmah melaksanakan ibadah haji :

1. Menjadi tamu bagi Allah

Kabah atau Baitullah itu dikatakan juga sebagai 'Rumah Allah'. Walau bagaimana pun haruslah difahami bahwa bukanlah Allah itu bertempat atau tinggal disitu. Sesungguhnya Allah itu ada dimana mana. Ia dikatakan sebagai 'Rumah Allah' kerana mengambil apa yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. oleh yang demikian orang yang mengerjakan haji adalah merupakan tamu istimewa bagi Allah. Dan sudah menjadi kebiasaan setiap tamu mendapat layanan yang istimewa dari tuan rumah. Rasulullah bersabda: "Orang yangmengerjakan haji dan orang yang mengerjakan umrah adalah tamu Allah Azza wa jalla dan para pengunjung-Nya. Jika mereka meminta kepada-Nya niscaya diberi-Nya. Jika mereka meminta ampun niscaya diterima-Nya doa mereka. Dan jika mereka meminta syafaat niscaya mereka diberi syafaat." (Ibnu Majah)

2. Mendapatkan tarbiyah daripada Allah

Di kalangan mereka yang pernah mengerjakan haji, mereka mengatakan bahwa Ibadah Haji adalah puncak ujian daripada Allah s.w.t. Ini disebabkan jumlah orang yang sama-sama mengerjakan ibadah tersebut sangat banyak hingga menjangkau angka jutaan orang. Rasulullah bersabda: "Bahwa Allah Azza wa jalla telah menjanjikan akan 'Rumah' ini, akan berhaji kepadanya tiap-tiap tahun enam ratus ribu. Jika kurang niscaya dicukupkan mereka oleh Allah dari para malaikat." Sabda Rasulullah lagi, "Dari umrah pertama hingga umrah yang kedua menjadi penebus dosa yang terjadi diantara keduanya,sedangkan haji yang mabrur (haji yang terima) itu tidak ada balasannya kecuali syurga." (Bukhari dan Muslim)

3. Membersihkan dari dosa

Mengerjakan Ibadah Haji merupakan kesempatan baik untuk bertaubat dan meminta ampun kepada Allah. Ada beberapa tempat dalam mengerjakan ibadah haji yang merupakan tempat mustajab untuk berdoa dan bertaubat. Bahkan ibadah haji itu sendiri jika dikerjakan dengan sempurna dan tidak dicampuri dengan perbuatan-perbuatan keji maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya sehingga ia suci bersih seperti baru lahir ke dunia ini. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya." (Bukhari Muslim)

4. Mempersatukan umat Islam

Ibadah Haji secara tidak langsung telah menghimpunkan manusia Islam dari seluruh pelosok dunia. Mereka terdiri dari berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Hal ini membuka pandangan dan fikiran tentangkebenaran Al-Quran yang diterangkan semua dengan jelas dan nyata. Firman -Nya: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal." (Al-Hujurat 13) "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu." (Ar-Rumm 22)

5. Iktibar dari peristiwa orang-orang soleh

Tanah suci Mekah merupakan tempat yang menyimpan banyak rangkaian peristiwa-peristiwa bersejarah. Diantaranya sejarah nabi-nabi dan rasul, para sahabat Rasulullah,para tabiin, tabi’ut tabiin dan salafus soleh yang mengiringi mereka. Sesungguhnya peristiwa tersebut boleh diambil iktibar atau pengajaran untuk membangun jiwa seseorang. Rasulullah bersabda: "Sahabat-sahabatku itu laksana bintang-bintang di langit, jika kamu mengikut sahabat-sahabatku niscaya kamu akan mendapat petunjuk." Di antara peristiwa yang terjadi ialah:

Pertemuan di antara Nabi Adam a.s. dengan Siti Hawa di Padang Arafah.
Siti Hajar dan Nabi Ismail ditinggalkan di tengah padang pasir yg kering kerontang di antara Bukit Shafa dan Marwah.

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. menyembelih Nabi Ismail sebagi menurut perintah Allah.

Nabi Ismail a.s. dan Nabi Ibrahim mendirikan Kabah.

Lahirnya seorang anak yatim yang miskin dan serba kekurangan. Tidak tahu membaca dan menulis tetapi mempunyai akhlak yang terpuji hingga mendapat gelaran 'Al-Amin.

Medan Badar dan Uhud sewajarnya mengingati seseorang kepada kegigihan Rasulullah dan para sahabat menegakkan agama Allah.

6. Merasa berada di Padang Mahsyar

Bagi orang yang belum mengerjakan haji tentunya belum pernah melihat dan mengikuti perhimpunan ratusan ribu manusia yang keadaannya sama tiada berbeda. Itu semua dapat dirasakan ketika mengerjakan haji. Perhimpunan di Padang Arafah menghilangkan status dan perbedaan hidup manusia sehingga tidak dapat kenal siapa kaya, hartawan, rakyat biasa, raja atau sebagainya. Semua mereka sama dengan memakai pakaian selembar kain putih tanpa jahit. Firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah siapa yang paling taqwa." (Al-Hujurat-13)

7. Syiar perpaduan umat Islam

Ibadah Haji adalah merupakan syiar perpaduan umat Islam. Ini karena mereka yang pergi ke Tanah Suci Mekah itu hanya mempunyai satu tujuan yaitu menunaikan perintah Allah atau kewajiban Rukun Islam yang kelima. Dalam memenuhi tujuan tersebut mereka melakukan perbuatan yang sama, memakai pakaian yang sama, mengikuti tata tertib yang sama malah boleh dikatakan semuanya sama. Ini menggambarkan perpaduan dan satu hati umat Islam. Dan gambaran inilah yang semestinya diamalkan dalam kehidupan seharian umat Islam apabila mereka kembali ke negara asal masing-masing.

Itulah beberapa hikmah melaksanakan ibadah haji, mudah-mudahan bermanfaat bagi kita semua.