Sunday, September 2, 2018

Saturday, September 1, 2018

Pengertian Ibadah Haji



Pengertian Haji

Haji (Arab/Jawi: حج Ḥajj "ziarah") adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam, kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya. Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.

Ziarah ini dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Islam. Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar masihi, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh Masihi sering berubah dari tahun ke tahun.


Etimologi

Perkataan "haji" berasal daripada bahasa Arab iaitu hajj (حج) yang membawa maksud ziarah ke tempat tertentu dalam waktu yang lama untuk menunaikan kewajipan agama. Dalam segi bahasa itu juga, haji boleh membawa maksud menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Dari segi syarak pula, ia membawa maksud mengunjungi rumah Allah dalam bulan-bulan haji atas sebab melakukan pekerjaan seperti wukuf di Arafah, tawaf, sa'i dan sebagainya menurut syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu dengan niat semata-mata kerana Allah.




Friday, August 31, 2018

Dalil Ibadah Haji



Terdapat beberapa dalil mengenai ibadah haji. Antaranya adalah seperti dalam ayat ke-27, Surah al-Hajj dan ayat ke-97, Surah Ali Imran:


وَأَذِّن فِي ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ يَأۡتُوكَ رِجَالٗا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٖ يَأۡتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٖ ٢٧

Maksudnya: “Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh (seluruh dunia)”(Surah al-Hajj, ayat 27)




فِيهِ ءَايَٰتُۢ بَيِّنَٰتٞ مَّقَامُ إِبۡرَٰهِيمَۖ وَمَن دَخَلَهُۥ كَانَ ءَامِنٗاۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلٗاۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٩٧

Maksudnya: “Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadah haji dengan mengunjungi rumah Allah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada sekalian alam.”

(Surah Ali Imran, ayat 97)



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,



“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya, “Amalan apa yang paling afdhol?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Ada yang bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Jihad di jalan Allah.” Ada yang bertanya kembali, “Kemudian apa lagi?” “Haji mabrur”, jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Bukhari no. 1519)

Thursday, August 30, 2018

Rukun Ibadah Haji



Rukun haji merupakan suatu amalan asas yang mesti ditunaikan. Jika rukun-rukun haji tidak dilakukan, maka hajinya adalah tidak sah dan ia wajib digantikan. Rukun-rukun haji adalah seperti:

  • Niat ihram haji - Lafaz niat haji hendaklah dilakukan di miqat dan jika jemaah haji sudah berada di kawasan Makkah, maka niat boleh dilafaz di kawasan itu sendiri. Selepas niat, para jemaah wajib menjaga segala amalan mereka terutamanya berkaitan amalan wajib dan larangan semasa dalam melakukan haji.
  • Wukuf di Arafah.
  • Melontar tiga jamarah ( ula, wusta dan akabah)
  • Melakukan tawaf rukun (tawaf ifadhah)
  • Sa'i, yakni lari-lari ayam atau berjalan cepat di antara bukit Shafa dan Marwah.
  • Mencukur/menggunting rambut. Paling sedikitnya memotong tiga helai rambut.
  • Tertib, yakni menjalankan rukun haji secara berurutan.





Wednesday, August 29, 2018

Syarat Ibadah Haji



Keempat-empat mazhab dalam fahaman Ahli Sunnah Waljamaah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan mazhab Hambali menetapkan bahawa syarat-syarat menunaikan haji adalah seperti berikut: 

  • Beragama Islam. Haji tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam dan jika dilakukan, hajinya adalah tidak sah.
  • Merdeka. Golongan hamba sahaya tidak wajib melakukan haji.
  • Baligh. Haji adalah tidak wajib bagi kanak-kanak dan haji mereka itu sah jika dia telah mumaiyiz. Walau bagaimanapun, kefarduan haji kanak-kanak itu masih belum terlepas melainkan dilakukan setelah baligh.
  • Berakal. Orang yang gila tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji dan jika ia dilakukan, maka hajinya tidak sah.
  • Berkemampuan. Bagi syarat ini, terdapat beberapa bahagian yang perlu dipatuhi seperti: 
  1. Berkuasa membayar semua perbelanjaan haji sehingga selesai.
  2. Mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik daripada haji.
  3. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
  4. Keadaan perjalanan hajinya adalah aman daripada sebarang kekacauan.
  5. Tidak mengalami sebarang masalah semasa berada dalam kenderaan.
Bagi mazhab Hambali, ia menambah dua lagi syarat iaitu sihat anggota tubuh badan dan perjalanan haji itu hendaklah aman. 


Tuesday, August 28, 2018

Jenis Ibadah Haji



Ibadat haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu




Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam.



Tamattu' bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam.



Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji (7 dan 8 Zulhijjah).

Monday, August 27, 2018

Beza Ibadah Haji dan Umrah



Tahukah anda bilakah disyariatkan haji dan umrah? Terdapat beberapa pendapat tentang bila bermulanya pensyariatan kedua-dua ibadat ini. 

Berdasarkan pendapat yang lebih rajih ibadat-ibadat ini disyariatkan pada tahun kesembilan hijrah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh As-Syaikhan:

Nabi s.a.w bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al-Qis yang datang menemui Baginda s.a.w pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanyakan tentang perintah-perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda menjawab: “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang”. Sekiranya haji difardhukan sebelum itu nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama perintah yang ditujukan kepada mereka ( Kitab Fiqh al-Manhaji Imam As-Syafie ).

Terdapat beberapa perbezaan yang besar antara ibadah haji dan umrah dari sudut masa perlaksanaan dan hukum iaitu :

1. Haji hanya boleh dilakukan pada bulan tertentu iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama dalam Bulan Zulhijjah ). Umrah pula boleh dilaksanakan sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya.

2. Haji mengandungi wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Dalam umrah tidak ada semua semua perkara tersebut, hanya tawaf, sa’i dan bercukur atau bergunting (tahallul).

3. Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’i dan tahallul. Manakala rukun umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan tahallul

4. Kewajipan mengerjakan haji telah disepakati oleh ijmak ulamak, tetapi kewajipan umrah ulamak berselisih pendapat ( tiada sepakat ulamak).